Tuesday 17 April 2012

Kisah Benar, Yang lagi benar, tiada yang palsu melainkan yang benar.

Assalamualaikum semua,

dari insan yang paling dekat dengan penulis,

 Dulu aku juga seorang pelajar, dari keluarga 9 org adik-beradik. Ayah ku berpendapatan cukup-cukup saja menyara kami anak beranak. Syukur alhamdulillah. Walaupun ayah tak mampu membiayai aku ke universiti, aku amat berterima kasih kpd kerajaan dan Mara ketika itu yg membuka peluang memberi pinjaman dan biasiswa kpd anak2 Melayu spt ku yg cukup syarat kelayakan tapi tak cukup syarat kewangan. Mendapat biasiswa ketika itu pun wajib membayar balik 25% drp jumlah pembiayaan, jadi tiada yg percuma. Malah aku amat berterima kasih kpd rakyat M'sia yg membayar cukai ketika itu kerana pembiayaiaan drp duit rakyat itulah aku guna utk melanjutkan pelajaran ke universiti, dari ijazah pertama ke ijazah sarjana, dan beberapa tahun kemudian selepas kembali berbakti kpd tanah air tercinta dan membalas budi baik kerajaan dan rakyat, seterusnya menyambung pelajaran ku ke peringkat PhD. 


Semuanya dgn ihsan rakyat M'sia hasil drp kebijaksanaan kerajaan yg memerintah. Semoga Allah memberi rahmatNya kpd rakyat dan pembayar cukai serta kerajaan yg memberi peluang ini kpd ku, di samping ayah dan ibu yg banyak berkorban wang ringgit dan kasih sayang dari dunia hingga akhirat. Jika dahulu selepas saja tamat pengajian, aku berlumba2 mencari pekerjaan dgn mempersiapkan diri berusaha hingga berjaya. Setelah bekerja, aku mempunyai tanggungjawab utk membalas budi baik peminjam dgn membayar balik biasiswa secara ansuran tanpa putus2 selama 13 tahun, manakala isteri ku yg juga spt ku membayar balik hampir 20 tahun pinjaman pelajaran spt PTPTN yg ada hari ini dgn kesedaran bayaran tersebut sedikit sebanyak dapat juga dimanafaat oleh anak2 generasi akan datang spt peminjam hari ini


Last...
Semua ini kami lakukan tanpa sedikit pun merasa marah jauh sekali nak mencela dan memaki hamun pihak yg telah banyak berjasa kpd kita! Malah sebaliknya kami merasa amat bangga dgn keperihatinan kerajaan dan amanah yg diberikan kpd mereka oleh rakyat mengwujudkan peluang ini, tanpanya aku yakin tiada peluang menjadi seorang Profesor di universiti ketika ini. Aku percaya Allah sentiasa merestui pemimpin dan kerajaan yg melaksanakan amanahNya dgn jayanya spt yg kita lihat hari ini. Akhir kalam, kini sebagai pembayar cukai yg menyumbang lebih RM20,000 setahun aku tak rela dan tidak akan menghalalkan sumbangan ku kpd peminjam yg ingkar dan tidak amanah terhadap hutang mereka, walaupun PTPTN dimansuhkan. Kpd mereka yg ingkar, demi Allah aku akan membuat perhitungan dgn pengkhianat bangsa spt mereka di hadapan Tuhan ku di akhirat kelak!!


Saturday 14 April 2012

Penulis kecewa dengan UMNO..

Apa habaq orang Kedah? Yang tak Kedah pun tak pa aih.. Apa habaq jugak? haqap baik-baik no..

Alkisah penulis pi satu mejlis nih.. ada orang ataih.. orang UMNO.. Mejlis tu kita nak pakat tolong orang melayu kita.. orang bumiputera.. bantu depa niaga.. Orang tua-tua dok habaq.. orang tua tu bukan penulis lah no.. tau la penulis ni dah tua.. tapi hat ni orang tua lain.. habaq kata, pemulaan yang baik selalunya berakhir dgn baik.. Ni yang penulis nak habaq.. Pi mejlis ni.. pemulaan dibukak oleh seorang usahawan berjaya.. hat pi tadah mata tengok, tadah telinga nak dengaq ni orang kampung-kampung ja.. makcik pakcik hat dok bukak bisnes kecik-kecik ni.. depa nak tau la.. macam mana nak boleh jadi usahawan berjaya macam tu.. orang tu mula macam mana.. orang tu start dari apa.. guna modal kecik ka besaq ka.. kalau bisnes nak lingkup nak buat lagu mana... ni tak.. pi cerita sampai ke mana tah.. keluaq hadis.. keluaq ayat Al-Quran.. hat tu memang baguih la.. tapi benda-benda ni, orang kampung tau dah.. depa cuma nak tau macam mana nak kembangkan bisnes.. tu ja.. susah sangat ka? takpa lah... mungkin dia takmau riak.. nak cerita macam mana dia berjaya kan?

Pahtu ada ucapan pulak.. dari pengerusi Mejlis ni lah.. orang mai situ nak dengar pasai orang melayu beniaga.. nak pinjam duit lagu mana.. macam mana kerajaan buleh tolong.. ni boleh pulak pi cerita dia ni pemimpin menolong rakyat.. juai diri pulak.. ha la.. PRU dok mai tak lama dah.. dari pukoi 11pagi pumpang pumpang juai diri sampai pukoi 1tghari.. Penulis kalih tengok kawan sebelah kiri..  umuq sebaya.. lebih kurang 60 juga lah.. muka dah masam.. kalih belah kanan, orang pompuan makcik makcik dok bersembang tak tumpu kat yang hat dok juai diri ni.. Ni nak bantu orang melayu ka bantu diri sendiri ni?

Mai part paling last pulak, forum oleh orang TERAJU.. hat ni baru la dia nak cerita apa peranan kerajaan.. badan mana boleh tolong orang melayu.. gagasan mana boleh tolong hat mana yang patot.. tapi hat tu sat ja.. sebab nak tak nak masa kena bagi habih sampai pukoi 1.30 ptg! part tu lah orang nak dengaq panjang lebaq.. penulis usaha tolak kenduri orang kampung.. nak pi dengaq cara-cara nak jadi usahawan bumiputera yang berjaya.. jangan tak tau.. penulis pun ada bisnes... tapi bisnes kecik-kecik ja.. modal kecik ja pun.. buat habih duit minyak penulis ja..

apa pun.. penulis kecewa.. penulis sayang sunggoh la aih kat UMNO ni.. tapi tu dia.. orang dalam tu dok buat lagu mana la tak tau habaq.. konon mejlis sokong melayu lah... mejlis nak bantu rakyat lah.. sekali mejlis  untuk naik diri sendiri.. Harap DS Najib prihatin lah pasai winnable candidate ni noh.. Kita ni pakat-pakat dah tua.. Kita pinjam Malaysia daqi cucu cicit kita.. DS Najib dah ada pemangkin muda untuk ganti Dato' 50 tahun akan datang ka?

sama-sama pikiaq la nohh..

Wednesday 1 February 2012

Kata-Kata Mutiara Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..

Assalamualaikum para pembaca.. Mari kita renung-renungkan.. tenung-tenungkan mutiara kata Tuan Guru Nik Aziz..
 
1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.(Nizar Jamaluddin pun pernah mengatakan perkara yang sama bila di tanya oleh kenapa PAS tak tubuhkan Negeri Islam semasa Perak Dineraka kan)

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001. 18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009
 
 
Credit kepada sekupangdua