Tuesday 17 April 2012

Kisah Benar, Yang lagi benar, tiada yang palsu melainkan yang benar.

Assalamualaikum semua,

dari insan yang paling dekat dengan penulis,

 Dulu aku juga seorang pelajar, dari keluarga 9 org adik-beradik. Ayah ku berpendapatan cukup-cukup saja menyara kami anak beranak. Syukur alhamdulillah. Walaupun ayah tak mampu membiayai aku ke universiti, aku amat berterima kasih kpd kerajaan dan Mara ketika itu yg membuka peluang memberi pinjaman dan biasiswa kpd anak2 Melayu spt ku yg cukup syarat kelayakan tapi tak cukup syarat kewangan. Mendapat biasiswa ketika itu pun wajib membayar balik 25% drp jumlah pembiayaan, jadi tiada yg percuma. Malah aku amat berterima kasih kpd rakyat M'sia yg membayar cukai ketika itu kerana pembiayaiaan drp duit rakyat itulah aku guna utk melanjutkan pelajaran ke universiti, dari ijazah pertama ke ijazah sarjana, dan beberapa tahun kemudian selepas kembali berbakti kpd tanah air tercinta dan membalas budi baik kerajaan dan rakyat, seterusnya menyambung pelajaran ku ke peringkat PhD. 


Semuanya dgn ihsan rakyat M'sia hasil drp kebijaksanaan kerajaan yg memerintah. Semoga Allah memberi rahmatNya kpd rakyat dan pembayar cukai serta kerajaan yg memberi peluang ini kpd ku, di samping ayah dan ibu yg banyak berkorban wang ringgit dan kasih sayang dari dunia hingga akhirat. Jika dahulu selepas saja tamat pengajian, aku berlumba2 mencari pekerjaan dgn mempersiapkan diri berusaha hingga berjaya. Setelah bekerja, aku mempunyai tanggungjawab utk membalas budi baik peminjam dgn membayar balik biasiswa secara ansuran tanpa putus2 selama 13 tahun, manakala isteri ku yg juga spt ku membayar balik hampir 20 tahun pinjaman pelajaran spt PTPTN yg ada hari ini dgn kesedaran bayaran tersebut sedikit sebanyak dapat juga dimanafaat oleh anak2 generasi akan datang spt peminjam hari ini


Last...
Semua ini kami lakukan tanpa sedikit pun merasa marah jauh sekali nak mencela dan memaki hamun pihak yg telah banyak berjasa kpd kita! Malah sebaliknya kami merasa amat bangga dgn keperihatinan kerajaan dan amanah yg diberikan kpd mereka oleh rakyat mengwujudkan peluang ini, tanpanya aku yakin tiada peluang menjadi seorang Profesor di universiti ketika ini. Aku percaya Allah sentiasa merestui pemimpin dan kerajaan yg melaksanakan amanahNya dgn jayanya spt yg kita lihat hari ini. Akhir kalam, kini sebagai pembayar cukai yg menyumbang lebih RM20,000 setahun aku tak rela dan tidak akan menghalalkan sumbangan ku kpd peminjam yg ingkar dan tidak amanah terhadap hutang mereka, walaupun PTPTN dimansuhkan. Kpd mereka yg ingkar, demi Allah aku akan membuat perhitungan dgn pengkhianat bangsa spt mereka di hadapan Tuhan ku di akhirat kelak!!


No comments:

Post a Comment